Sakitnya Bila Gigi Bongsu Tumbuh

Kenapa sakit apabila gigi bongsu tumbuh, tidak seperti gigi-gigi lain?

Kadang kala, gigi bongsu tidak dapat tumbuh sepenuhnya pada gusi dan akan menimbulkan pelbagai masalah. Dua sebab utama kenapa gigi bongsu tidak dapat tumbuh sepenuhnya adalah:

 

a) Tidak cukup ruang untuk tumbuh. Biasanya terjadi jika anda mempunyai rahang yang kecil.

b) Dihalang gigi lain, selalunya gigi geraham besar kedua yang tumbuh di depan gigi bongsu.

 

Istilah untuk gigi bongsu yang tidak dapat tumbuh sepenuhnya adalah gigi terimpak (impacted tooth). Gigi yang separa terbenam dalam rahang ini boleh menimbulkan kesakitan jika:

 

1. Pericoronitis. Lapisan gusi yang separa meliputi gigi terimpak ini boleh bertindak sebagai ‘gudang’ pengumpulan plak berbakteria. Lama-kelamaan, pengumpulan plak di sekeliling gigi terimpak boleh menyebabkan radang gusi di kawasan itu. Keadaan ini dikenali sebagai ‘pericoronitis’.

Ciri-ciri pericoronitis: Gusi sakit, pedih, merah, rasa tidak sedap atau hanyir, dan bernanah. Jika berlanjutan boleh bengkak bahagian muka terbabit dan sukar untuk membuka mulut.

 

2. Gigi terimpak yang dihalang untuk tumbuh oleh gigi depannya lebih senang mendapat karies (pereputan struktur gigi). Oleh kerana ia terhalang oleh gigi geraham besar kedua, karies gigi bongsu mungkin tidak dapat dikesan lebih awal dan dibiarkan berlanjutan. Anda sendiri pun tahu apa akibat gigi berlubang – SAKIT!

 

3. Penyakit gusi kronik (chronic periodontitis) yang boleh berjangkit ke gigi sebelah. Kesannya? Gigi sebelah gigi bongsu yang elok itu mungkin akan jadi sangat longgar akibat penyakit gusi tahap kronik dan mungkin terpaksa juga dikorbankan.

 

4. Penyakit patologi lain yang melibatkan gigi bongsu adalah seperti cyst dan tumor. Anda patut berhati-hati jika terdapat bengkak pada rahang yang pada mulanya kecil tapi semakin lama semakin membesar, dan mungkin tidak sakit sama sekali.

 

Tiada bukti yang menyokong amalan mencabut semua gigi bongsu sebagai langkah pencegahan. Namun begitu, jika anda mengalami mana-mana keadaan di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FLASH SALE! 15% OFF USE CODE: FLASH15
0
Your Cart