FAQ

KENAPA GUSI SAYA SENSITIF SEMASA MENGGUNAKANNYA?

Ia boleh menyebabkan sensitif pada gigi. Semakin banyak digunakan, semakin terasa sensitif pada gigi anda. Jika anda mengalaminya, jangan letak banyak gel pada gigi. Hanya sapu rata sahaja. Sekiranya gel tersebut terkena gusi semasa rawatan, ia boleh menyebabkan sensitiviti. Sekiranya terkena pada gusi, sapu dengan tisu dan keluarkan. Tingkatkan jarak masa setiap kali rawatan. Contoh harini rasa sensitif, 2 hari selepas itu boleh mula semula. Jika alami lagi, tingkatkan lagi tempoh masa tersebut.

ADAKAH KESAN PEMUTIHAN AKAN KEKAL?

Kesan tidak akan kekal selagi penjagaan gigi tidak diutamakan. Gigi secara semulajadi akan kotor dan kuning dari masa ke masa. Ia bergantung pada makanan/minuman harian kita. Elakkan minuman soda, rokok dan makanan berwarna yang menyebabkan gigi kuning. Ia bukanlah cat kekal untuk menampal kuning pada gigi anda.

APA NAK BUAT JIKA MENGALAMI GIGI SENSITIF?

Sesetengah orang mengalami sensitiviti daripada pemutihan gigi. Sebagaimana CP menembusi enamel untuk buang kotoran yang melekat pada gigi, ia juga mengeluarkan air daripada enamel gigi. Ia menyebabkan gigi sensitif untuk sementara sahaja.

BOLEH JELASKAN MENGENAI SENSITIVITI GIGI?

Walaupun bukan kebiasaan, sesetengah individu mungkin mengalami gigi sensitif. Ia adalah sementara sahaja dan akan hilang selepas rawatan dihentikan. Ia disebabkan oleh gel yang membuatkan struktur gigi kekurangan air untuk tembus dan bersihkan kotoran gigi. Gel ini mengandungi glycerin dimana ia menyerap air daripada gigi, sekaligus menganggu keadaan isotonik dan menyebabkan gigi sensitif. Dalam erti kata lain, gigi dehidrasi semasa proses pemutihan, yang menyebabkan sensitiviti. Air liur biasanya akan menghidrat gigi apabila selesai proses pemutihan dan tiada lagi rasa sensitif pada gigi. Jika anda mengalami sensitiviti, kami galakkan anda menggunakan ubat gigi sensodyne.

CARA PENGGUNAAN YANG BETUL?

✿ CARA PENGGUNAAN ARILGLOW ✿
1. Elakkan guna mouthwash sebelum rawatan.
2. Sapu tisu pada gigi sehingga keluar apa sahaja yang melekat pada permukaan gigi (gigi dalam keadaan kering).
3. Pusingkan belakang pemutih gigi mengikut arah jam (pusing ke kanan) sehingga sedikit gel keluar. Untuk penggunaan kali pertama, pusing beberapa kali sehingga keluar gel di hujung berus pen ini.
4. Apabila gel keluar, senyum nampak gigi dan sapu pada bahagian atas gigi diikuti bahagian bawah. Pastikan rata sahaja. Jangan letak tebal-tebal. Nipis pun dah mencukupi.
5. Elakkan terkena gusi dan bibir. Jangan telan dengan sengaja. Biarkan selama 30 minit. Lagi lama lagi bagus. Kemudian tutup mulut dan kumur dan bilas dengan air paip.
6. Selepas itu, guna berus gigi serta ubat gigi dan gosok sehingga keluar lebihan gel yang masih melekat pada gigi (seperti rutin harian). Ini bertujuan untuk lindungi daripada iritasi.
7. Kumur dan bilas semula dengan air paip. Basuh berus gigi sehingga terkeluar lebihan gel yang melekat.

AMARAN:
✅ Jangan makan dan minum kecuali air kosong selama 1 jam.
✅ Guna 2 kali sehari. Pagi sebelum pergi kerja dan malam sebelum tidur.
✅ Hanya untuk 12 tahun ke atas sahaja dan tidak digalakkan bagi wanita mengandung dan masih menyusukan anak.
✅ Pakai secara konsisten setiap hari untuk kesan yang terbaik.
✅ Simpan di tempat yang gelap dan sejuk.
✅ Elakkan terkena matahari.
✅ Boleh letak di dalam peti ais, tapi jangan letak dalam “freezer”.
✅ Jika gigi merasa sensitif pada permulaan, itu biasa sebab gigi tengah biasakan dengan cecair ini.
✅ Jika sensitif pada gigi berterusan, henti dan jarakkan masa penggunaan.

NASIHAT TAMBAHAN UNTUK KESAN YANG TERBAIK?

ELAKKAN PERKARA INI SELEPAS RAWATAN (3 jam)

Perlu diingatkan selepas rawatan pemutihan, liang-liang enamel akan terbuka dan ini menjadikan lebih mudah terdedah kepada apa-apa kotoran. Apabila liang tutup, dimana biasanya terjadi selepas prosedur, anda boleh sambung semula seperti biasa.

MINUMAN BERSIH:
✅ Air putih
✅ Air suling
✅ Susu

MINUMAN YANG PERLU DIELAKKAN:
❌ Lemon, Jus oren, Apa sahaja jus buahan
❌ Teh dan kopi
❌ Cola-cola dan minuman bergas
❌ Minuman tenaga

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN:
❌ Karot dan buah oren dan sayuran
❌ Brokoli, bayam dan sayuran hijau
❌ Coklat
❌ Roti putih
❌ Tomato dan sos merah
❌ Mentega dan marjerin

NASIHAT TAMBAHAN:
1) Elakkan air panas atau sejuk. Ia tidak bagus selepas rawatan disebabkan boleh mengubah suhu pada gigi anda. Perubahan suhu menyebabkan gigi mengembang dan mengecut, membolehkan kotoran menembusi gigi anda. Kurangkan kopi dan teh atau cuba minum menggunakan straw untuk mengurangkan jumlah kuantiti cecair yang terkena gigi anda.

2) Elakkan makanan dan minuman yang bersifat asid. Ia membuka liang enamel gigi membenarkan kotoran menembusi gigi dengan mudah. Gunakan straw untuk kurangkan bahan ini terkena gigi anda.

3) Kurangkan merokok. Ia disebabkan nikotin pada puntung rokok menyebabkan gigi kuning. Jika anda tidak berhenti, sekurangnya cuba had dan kurangkan.

4) Guna gincu “smudge proof”. Untuk pastikan lipstik daripada terkena pada gigi disebabkan lisptik biasa boleh sebabkan kotoran pada gigi.

5) Selepas 3 jam, sebolehnya ikut juga jadual ni agar proses seterusnya tak terganggu. Tapi diringankan. Contoh mcm kopi, teh, air bergas, coklat, mentega, marjerin, pewarna yang kuat dah memang punca gigi kuning. Elak atau kurangkan.

BAGAIMANA JIKA SAYA MENGGUNAKAN BRACES?

Walaupun ia tidak beri kesan pada braces anda, ia sangat terbaik untuk tunggu sehingga braces anda ditanggalkan. Ia membantu untuk elakkan warna yang tidak sekata pada permukaan gigi. Warna gigi dibawah braces tidak akan putih macam gigi yang lain.

ADAKAH IA MENYEBABKAN ENAMEL ROSAK?

Tiada bukti yang mengatakan enamel gigi berbahaya daripada penggunan pemutih gigi apabila rawatan dilakukan. Ia tidak akan menyebabkan gigi menjadi nipis dan menukar permukaan gigi. Andai sekiranya anda gunakan sehari 2 kali untuk 10 tahun, ia berupaya untuk bawak kesan yang negatif, dan saya pasti itu bukan niat anda. Anda perlu berasa selesa menggunakan produk ini sehingga anda mencapai keputusan yang anda inginkan tanpa ragu-ragu.

ADAKAH IA MEMBERI KESAN KEPADA GIGI PALSU?

Ia hanya berkesan kepada gigi semulajadi sahaja.

BERAPA LAMA KESAN PEMUTIHAN INI BERTAHAN?

Purata keputusan biasanya dari 6 bulan hingga 1 tahun dan ini jugak bergantung sepenuhnya pada enamel gigi anda dan tabiat harian anda.

APAKAH BAHAN AKTIF YANG DIGUNAKAN?

Bahan yang digunakan ialah Carbamide Peroxide (CP), ketulan stabil daripada Hydrogen Peroxide (HP), dan pencabarmide, adalah ejen pengoksidaan. Ia adalah pepejal kristal putih yang mengeluarkan oksigen dalam hubungan dengan air. Ia digunakan untuk pelunturan gigi. 10% HP secara meluasnya dikategorikan sebagai selamat.

HP biasanya digunakan oleh doktor gigi di pejabat dan digunakan di bawah pemerhatian dan seliaan mereka. Ia sangat kuat dan jika tidak guna dengan betul, ia boleh membakar gusi. CP adalah ketulan stabil daripada HP. Ia dihasilkan untuk diurai dalam tempoh yang perlahan bila menggunakannya, seterusnya mengelakkan daripada terbakar dan mendapatkan kesan pemutihan yang optimum. Bila CP diaktifkan, ia akan terurai dalam masa 2 jam. Selepas 2 jam, ia telah rosak dan pemutihan tidak aktif lagi.

ADAKAH IANYA SELAMAT DIGUNAKAN?

Ia bukan toksik. Ia mengikuti prosedur keselamatan kosmetik yang ada di pasaran kini. Ia walaubagaimanapun tidak mengalakkan penggunaan oleh wanita mengandung dan menyusukan badan. Jika gel ini terkena mata atau kulit, basuh serta merta dengan air suam. Elakkan dari tertelan terlalu banyak kuantiti. Teruskan rutin lawatan pergigian. Jika tertelan semasa rawatan, ia tidak berbahaya dalam kuantiti tersebut.

BAGAIMANA FLUORIDE MEMBANTU PEMUTIHAN?

Fluoride beri kesan pada proses pemutihan dengan cara menghalang pembebasan CP. Ini seterusnya secara mendadak meningkatkan masa pemutihan. Itulah sebabnya kami mencadangkan memberus selepas sesi pemutihan, bukan sebelumnya. Jika gunakan ubat gigi, mulut harus dicuci dengan air untuk keluarkan sebanyak mungkin fluoride.

FLASH SALE! 15% OFF USE CODE: FLASH15
0
Your Cart