Malas Gosok Gigi, Muka Jadi Bengkak

MOHON SEBARKAN.. !!! Malas Gosok Gigi, Muka Jadi Bengkak !! Rupanya Inilah Puncanya ….!!

Tengah dok joging, tetiba dapat call dari hospital; child with facial swelling (bengkak bahagian muka)

Ini adalah kes kedua yang sy terima panggilan untuk 2 hari berturut-turut. Umur kanak-kanak masih muda, sekitar 2-3 tahun.

Kedua-dua kes bengkak muka ini adalah disebabkan oleh gigi berlubang (dental caries) yang tidak dirawat. Gigi yang berlubang adalah gigi yang baru ja tumbuh dalam mulut.

Kenapa boleh jadi macam ni? Kerana kebersihan mulut yang tidak memuaskan. Sebab parents selalu cakap kat doktor gigi “anak saya malas nak gosok gigi”

Bila tanya parents, ada tengok anak gosok gigi? Ada bantu anak gosok gigi? Ada suruh anak gosok gigi? Semua jawab “tak”. So, what do u expect?

Bila anak masuk hospital, kena masuk jarum, kena masuk ubat, kena cabut gigi, parents tanya, “bila boleh balik?”, “macam mana anak saya nak makan kalau gigi dia kena cabut?”

Sedangkan waktu anak sihat, tak peduli akan kesihatan mulut, sebab kebanyakan parents anggap gigi susu tak penting.

Gigi susu sama penting dengan gigi kekal. Macam mana kanak-kanak nak kunyah makanan kalau tak ada gigi?

So, kepada semua parents;

1. Pantau la anak anda memberus gigi
2. Paksa la mereka berus gigi; biar la diorang menjerit ke, yang penting anda tidak susah dikemudian hari
3. Jangan biarkan anak tidur dengan botol susu di dalam mulut.
4. Buat routine dental check up
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Kredit Dr Nur Afiqah Abdul Rahman




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FLASH SALE! 15% OFF USE CODE: FLASH15
0
Your Cart