Ubat Gigi Putih Boleh Putihkan Gigi

Ubat gigi pemutih tidak akan membuat gigi anda bertambah putih. Ia bertujuan untuk mengurangkan atau menghilangkan kekotoran berwarna (stain) pada gigi yang berpunca dari rokok, atau minuman berwarna seperti kopi, teh atau milo.

Gigi anda memang berwarna sedikit kekuningan disebabkan warna lapisan dalam gigi (dentin) adalah kuning. Jadi jika anda beranggapan bahawa dengan menggunakan ubat gigi pemutih akan menjadikan lapisan dalam gigi turut putih maka anggapan anda salah.

Sekiranya anda tidak memberus dengan betul dan juga mengambil rokok atau minuman berwarna dalam kuantiti yang banyak dan kerap, kekotoran itu tidak akan hilang dengan menggunakan ubat gigi pemutih.

Kekotoran ini hanya boleh dihilangkan dengan membuat pencucian gigi di klinik gigi dan juga dengan rawatan pemutih gigi (bleaching/tooth whitening) di klinik gigi.

Anda perlu berhati-hati dengan penggunaan ubat gigi pemutih kerana kebanyakkannya mempunyai bahan lelas (abrasive) yang tinggi dan ia boleh menyebabkan lapisan enamel gigi anda terhakis dan menyebabkan gigi anda bertambah kekuningan( disebabkan lapisan dentin terdedah) dan juga sensitif.

Ada juga ubat gigi yang mempunyai antibakteria di dalam kandungan aktifnya seperti ubat gigi Colgate Total 12. Ubat gigi ini mempunyai triclosan dan juga copolymer (bahan yang membuat triclosan itu melekat pada permukaan gigi untuk beberapa jam).

Triclosan ini menyebabkan menghalang pembentukan plak dari permukaan gigi jadi ia boleh menolong mencegah karies dari terjadi.

Apa-apa pun ubat gigi yang anda pilih, anda perlu pastikan yang cara pemberusan gigi anda betul. Anda juga perlu memilih ubat gigi berdasarkan masalah gigi yang anda hadapi.

Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan nasihat. Anda boleh membaca dengan terperinci lagi di sini dan sini bagi mengetahui kandungan ubat gigi anda.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FLASH SALE! 15% OFF USE CODE: FLASH15
0
Your Cart